Tuesday, September 2, 2014


Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW pada keluarga dan sahabat Baginda.

Kisah dan cita-cita aku ingin merantau kepelusuk alam Melayu mencari harta karun yang tidak ternilai sebelum ianya lenyap selamanya.

Pada umur 5 atau 6 tahun di Lekir Sitiawan Perak seingat aku seorang tua yang sering bertandang ke rumah aku saban pagi dengan membawa coklat sebagai buah tangan. Baju lusuh dengan rokok daun di mulut sering memperdengarkan pada aku pantun teka teki yang tidak mungkin ada lagi pada zaman ini.

Dengan ingatan itulah aku mulakan karya ini dengan lafaz Al-Fatihah buat arwah Tok Alang Abas dan isterinya Tok Alang Ejah semoga diberi rahmat oleh Allah Maha Agung.

Burung cenderawasih
Ekornya panjang dadanya putih
Turun boleh
Naik tak boleh

Pantun klasik yang sangat bernilai bagi aku, akan aku kenang selamanya dan aku wariskan didalam karya ini.

* jawapan : upih pinang
* gambar di atas hanyalah hiasan umur aku 5 tahun dulu mana ada kamera.
* pakcik dalam gambar ni datang dari kedah aku jumpa di Teluk Batik Perak semasa program Perhimpunan Kenderaan Klasik.